Orang kata manusia ni kalau hendak mengejar cita cita kadang kala hanya pandai bermain kata tetapi hakikatnya mereka lupa apakah itu dikatakan "work hard" dan juga "thinks smart". Kita ini kalau hendak di ambil kira memanglah tidak rajin tapi pada masa yang sama kenalah sentiasa berfikiran positif dalam berkerja mahupun apa sahaja yang kita lakukan.
Pandai tidak semestinya cerdik malah cerdik kadangkala tidak semestinya pandai. Untuk mencapai cita cita dan berjaya dalam hidup kenalah ambil ia sebagai satu momentum betul ke ejaan ini ) untuk kita lebih maju kehadapan.
Shahz.Kaca.Mata
'Be The Person You Want'
Isnin, 24 Disember 2012
"Work Hard" dan "Think Smart"
Ahad, 22 Mei 2011
susahnya kalau terlupa password..!!
salam
susahnya kalau kita terlupa password bukan..?? grrrrr........
pernah x korang terlupa password mahupun id..?? mesti pernah kan.. susahnya kalau kita terlupa, kalau facebook mahupun twitter boleh lagi explore sampi dapat, ini pulak kalau bank.. aish.. susah betul..!!
bila dah terlupa id pon nak kena guna e-pin baru so susah kalau kita sendiri lupa dengan e-pin tersebut.. cari sana sini x jugak jumpa.. So!! terpaksalah call centre untuk resetkan balik e-pin untuk dapatkan password baru.. mang leceh sikit sebab kita terpaksa pergi ATM untuk dapatkan e-pin baru.
jadi apapun kalau dah macam ni terpaksalah kita berwaspada untuk hari hari yang akan datang..
leceh tapi atas kecuaian kita so x boleh nak berkata lebih.. Memang kita sendiri yang salah
p/s berjam login x dapat bukak memang something wrong la tu..
Jumaat, 20 Mei 2011
trend zaman sekarang tengok gambar kat facebook terus clash..!!
salam -
pelik betul la zaman sekarang ni bila bercinta..!! sejak adanya facebook lagi senang pulak nak bercinta lepas tu clash.. bukan apa, dah banyak kali shahz tengok pasangan pasangan ni clash..!!
lepas tu maki hamun kat wall masing masing.. Macam ni ke namanya cinta.. X prof langsung nak tangani masalah..
apa yang x bestnya, diorang bercinta ni selalunya memuji kat gambar masing masing, bila ada guy or girl lain dalam gambar.. mulalah nak bergaduh. Kebanyakan nya kawn kawan sekeliling kita jugak, nak kata kita ni x kesian pun x jugak bahkan nak marah pun ada..
benda macam ni sepatotnya boleh seatle dan dibawa bincang bukan..?? hurm x paham la.. orang bercinta biarlah kenal hati budi dulu, ini x..
baru dapat no telefon terus ajak couple..!! kan dah jadi masalah..
Rabu, 11 Mei 2011
sinopsis filem LU LANGSI LU MATI (2011)
SINOPSIS FILEM
PENGARAH
FARID KAMIL
TARIK TAYANGAN
12 MEI 2011
LU LANGSI LU MATI
mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.
ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.
p/s jom kita sama sama ke panggung wayang esok
Langgan:
Catatan (Atom)