'Be The Person You Want'

Isnin, 4 April 2011

satria neo s2000

salam ~

PEMANDU pasukan Proton Motorsports, Chris Atkinson ditabalkan selaku juara Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2011 di Estet Tai Tak di Kota Tinggi, Johor semalam.

Atkinson yang memandu jentera Satria Neo S2000 dengan dibantu juruarah, Stephane Prevot, mencatat masa keseluruhan 3 jam 14 minit 49.3 saat – 1:36.6s di hada- pan pemenang tempat kedua, Gaurav Gill yang memandu Mitsubishi Lancer Evo X dari pasukan MRF.


Rakan sepasukan Atkinson, Alister MacRae bersama juruarahnya, Bill Hayes pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan catatan masa 3’23:37.5s.

Atkinson berkata, perlumbaan yang berlangsung di Johor Bahru itu ternyata memihak kepada pasukannya meskipun berdepan dengan beberapa masalah kecil.

“Minggu yang amat baik buat Proton yang mana kereta kami berada dalam keadaan sempurna dan cukup pantas, sekali gus membolehkan kami memenangi banyak pusingan.
“Tiada apa yang perlu dirungutkan dan apa yang hebat ialah ke- menangan di tempat sendiri,” kata Atkinson.
Mengulas lanjut mengenai perlumbaan selama tiga hari dengan jarak keseluruhan 587.07 kilo- meter itu, Atkinson berkata, dia memiliki kelebihan selepas mendahului pencabar lain kira-kira dua minit sebelum saingan semalam.

“Saya boleh memandu dengan lebih pantas untuk perlumbaan hari ini (semalam) tetapi tidak berbuat demikian kerana tidak mahu mengambil risiko dan selamat sampai ke garisan penamat,” katanya.
Bagi MacRae pula, dia agak kecewa kerana masalah pemanasan lampu pada enjin kenderaan yang dialami sejak kelmarin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Saya terpaksa melakukan apa yang termampu untuk pecut sepantas mungkin pada sebelah siang dan pada petangnya pula, saya tidak berlumba dengan laju kerana suhu enjin makin meningkat,” kata McRae.
Bagaimanapun McRae berkata, enjin Proton tetap dianggap baik kerana mampu bertahan hampir satu hari setengah meskipun berdepan dengan kerosakan radia- tor.

“Apa yang saya dilakukan ialah memandu dengan kepantasan yang diperlukan agar sampai ke garisan penamat,” tambahnya.
MRC 2011 merupakan gelanggang pertama daripada enam pusingan bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011.

Selepas Johor, MRC 2011 akan diadakan di Perlis, Melaka dan pusingan terakhir di Negeri Sembilan pada penghujung tahun ini.
Bagi saingan APRC 2011 pula, ia akan diteruskan pada Rali Australia (13-15 Mei), Nouvelle Cale- donie (17-19 Jun), New Zealand (15-17 Julai), Jepun (30 September-2 Oktober) dan China dari 4 hingga 6 November.

sumber petikan
kosmo

www.tips-fb.com

0 ulasan:

Catat Ulasan