'Be The Person You Want'

Isnin, 25 April 2011

tips semasa sesi temuduga

hari ini aku nak bagi tips untuk korang..tips apa?? Tips untuk temuduga. Korang mesti banyak pengalaman kan sewaktu mula mula nak dapatkan pekerjaan yang ada sekarang ni. Sebab saban hari ada saja kerja kosong yang aku tengok diiklankan, dekat surat khabar dan juga internet, malah majalah pon dah ada bukan..? bila kita sebut tentang temuduga ni..Ada yang darisekor swasta dan ada juga dari pihak kerajaan.

kawan kawan aku juga pernah bercerita pengalaman diorang di mana ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan semasa sesi temuduga. Mungkin itu adalah kesilapan yang tidak patot diorang lakukan.. kadang kadang bukan sengaja tapi disebabkan ketakutan mahupun persediaan yang kurang..

jadi aku nak bagi tahu perkara yang perlu kita ketahui dan tips yang perlu kita explore dulu sebelum kita pergi ke sesi temuduga..

ANTARA PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI :

  • Memastikan resume anda lengkap dan pastikan ia berada pada tahap yang boleh diterima
  • Temuduga untuk sektor swasta kebanyakan dilakukan dalam Bahasa Inggeris
  • Menggunakan bahasa yang sama dengan penemuduga di mana sekiranya penemuduga bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu, jangan pulak kita sibuk nak speaking

ANTARA KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN :

  • Tiada persediaan secukupnya
  • Kurang keyakinan dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri
  • Kod etika berpakaian yang tidak di ambil berat
  • Gagal menjadi pendengar yang baik
  • Gagal menjadi penjawab soalan yang baik
  • Keyakinan yang terlalu tinggi
  • Pengalaman sebelumnya tidak di ambil beratkan dan tidak belajar dari kesilapan
  • Kurang kreatif dalam berbicara
  • Menipu dan tidak jujur dalam sesi temuduga

DOA SEMASA TEMUDUGA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM :



Surah Hud : ayat 41

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘ Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


p/s kebanyakan tips di guna pakai semasa sesi temuduga kerajaan

www.tips-fb.com

1 ulasan: